Analisis Ramalan Pelemahan Hujan Semenanjung Malaysia Menggunakan PetaRekaan Berkontur (Rain Attenuation Prediction of Peninsular Malaysia using Contour Map)
Journal Title: Jurnal Kejuruteraan - Year 2018, Vol 30, Issue 1
Abstract
Hujan melemahkan isyarat gelombang mikro melalui proses penyerapan dan penyelerakan menyebabkan penerimaan isyarat mengalami gangguan pada sistem satelit yang beroperasi melebihi frequensi 10 GHz. Fenomena ini menyebabkan berlakunya pelemah hujan. Malaysia merupakan sebuah negara yang beriklim tropika dan mengalami kadar hujan turun yang tinggi dan ini menyebabkan ia menerima gangguan yang tinggi. Sumber data taburan hujan yang digunakan dalam kajian ini adalah daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) menggunakan kaedah tolok hujan Tipping Bucket dengan saiz tolok hujan berdiameter 0.25 mm per tip bagi menyukat titisan hujan turun. Data taburan hujan hujan berintegrasi 1 minit digunakan untuk pengiraan kadar hujan turun. Model ramalan pelemahan hujan ITU-R dipilih mengikut kesesuaian iklim dan kadar hujan turun sepanjang tahun serta diterima secara meluas dalam kajian sistem komunikasi satelit pada kawasan beriklim tropika. Nilai pelemahan hujan di Semenanjung Malaysia pada peratusan 0.01% adalah di antara 40-51dB dan diillustrasikan melalui peta berkontur. Hasil ramalan pelemah hujan dalam kajian ini dapat digunakan sebagai rujukan kepada para penyelidik untuk lanjutan kajian dalam memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti penghantaran dan penerimaan isyarat radio pada sistem satelit yang beroperasi lebih 10 GHz di kawasan beriklim tropika dan kadar hujan yang tinggi.
Authors and Affiliations
Farah Aniza Nazri, Nurul Syahira Mohamad Zamani, Mandeep Singh Jit Singh
Assessing the Contribution Factors for the Enhancement of Green Building Index (GBI) in the Malaysian Construction Industry
This research paper focuses on the several most crucial organisation factors that directly influence the Green Building Index (GBI) in the Malaysian construction industry. The findings of the paper are based upon a compr...
A Decade after the Tsunami: Preliminary Exploration Deposit Layer of Sediment at Coast Area of Kedah, Malaysia
Study on tsunami deposits is done after a decade of the incident happened at Kedah, Malaysia. This article discusses the characteristics, measurement and thickness of tsunami deposits. It also provides the latest remaini...
Optimising Cutinase Enzyme Recovery in Thermo-Induced Phase Separation of LS54/DX ATPS by Enhanced Volume Exclusion Effect
Low recovery of cutinase enzyme in water-enriched phase after thermo-induced separation stage of LS54/Dx aqueous two-phase system was improved by enhanced volume exclusion effect in the polymer-water extraction system. I...
Kajian Terhadap Kriteria Rekabentuk Blok Saling Kunci dengan PendekatanPerindustrian, Fleksibel dan Nyah-Pasang (Study on the Criteria of Interlocking Block Design from Industrial, Flexible and Demountable Approaches)
Sistem binaan berindustri (IBS) adalah suatu sistem pembinaan yang menggunakan kerja-kerja tambahan yang minimum di mana komponen, elemen dan panel dihasilkan di kilang, diangkut, ditempatkan dan dipasang menjadi struktu...
Pengawasan Beban Tak Mengganggu Menggunakan Mesin Penyokong Vektor (Nonintrusive Load Monitoring Using Support Vector Machine)
Kertas kerja ini membentangkan pembangunan pengawasan beban tak mengganggu (PBTM) untuk mengenal pasti beban dengan menggunakan pengelasan mesin penyokong vektor berbilang (MPVB). Suatu kaedah pengawasan beban diselia di...