Sistem Dapatan Semula Imej untuk Aplikasi Perubatan (Content-based Image Retrieval for Medical Application)

Journal Title: Jurnal Kejuruteraan - Year 2018, Vol 30, Issue 1

Abstract

Dapatan semula imej (DSI) adalah sistem pencarian imej yang menggunakan ciri-ciri tertentu atau konteks khusus dalam sesuatu imej. Dalam bidang perubatan, sistem DSI digunakan untuk menyediakan imej yang diperlukan secara tepat dan pantas kepada pakar perubatan. Proses itu biasanya berlaku pada dan ketika diagnosis dan rawatan penyakit dilakukan. Sistem dapatan semula yang awal dan masih digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan adalah sistem DSI berdasarkan teks (TBIRS). TBIRS menggunakan kata kunci dalam konteks sesuatu imej dan ia memerlukan anotasi teks secara manual. Proses anotasi teks adalah tugas yang memerihkan lebih-lebih lagi jika melibatkan pangkalan data yang besar. Ini memungkinkan kebarangkalian berlakunya kesilapan manusia adalah tinggi. Untuk mengatasi masalah yang dinyatakan, sistem DSI berdasarkan kandungan (CBIRS) dengan pengindeksan automatik adalah dicadangkan. Kaedah ini melibatkan pemprosesan imej perubatan berdasarkan komputer yang menggunakan fitur visual imej seperti warna, bentuk dan tesktur. Namun begitu, umum mengetahui bahawa suatu algoritma tertentu dalam CBIRS adalah khusus untuk satu modaliti sahaja dan melibatkan bahagian yang tertentu. Ini ditambahkan pula bahawa CBIRS telah mengabaikan persepsi manusia dalam tugas menakrif sesuatu imej dan akibatnya, menyebabkan wujudnya masalah jurang semantik. Oleh itu, sistem DSI hibrid (HBIRS) yang menggabungkan kekuatan kedua-dua TBIRS dan CBIRS telah diperkenalkan bagi menangani masalah jurang semantik khususnya dan sekaligus memantapkan sistem DSI amnya. Satu kerangka sistem DSI yang cekap iaitu HBIRS juga telah dicadangkan. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya melibatkan TBIRS dan CBIRS bagi aplikasi perubatan, dan prototaip TBIRS yang dikaji menggunakan imej X-Ray turut dicadangkan.

Authors and Affiliations

Wan Siti Halimatul Munirah Wan Ahmad, Wan Mimi Diyana Wan Zaki, Aini Hussain, Ling Chei Siong, Wong Erica Yee Hing

Keywords

Related Articles

Litar Penuai Tenaga Hibrid Mikro untuk Aplikasi Bioperubatan (Micro Hybrid Energy Harvester Circuit for Biomedical Application)

The deployment of energy harvester as a power supply attracts high attention especially for micro-scale devices. It is utilizing the ambient energy sources to produce electric energy. In-depth research has been carried o...

Kesan Ketidakseragaman Sedimen Dasar ke Atas Kerokan Tempatan di Sekitar Tiang Bersilinder (The Effect of Non-Homogeneous Sediment Bed on Local Scour Around Cylindrical Pier)

Studies of local scour around bridge commonly employed homogenous non-cohesive sediment as their simplified sediment parameters. However, sediment in real water stream is non-homogeneous with varying grain size distribut...

Evaluation of Physical Properties of Clays Mixed with Silica Sand

This study examined the effects of heat treatment on two types of clays mixed with silica sand under laboratory conditions. Soils were subjected to three varied temperatures, i.e. 100, 250 and 500°C. The soil properties...

Optimization of Stir Casting Method of Aluminum Matrix Composite (AMC) for the Hardness Properties by Using Taguchi Method

Aluminum matrix composite (AMC) was fabricated using stir casting with fly ash and SiC as reinforcing materials. In this work, Taguchi optimization technique was utilized to analyze the significant contributions of stir...

Kesan Penjana Fotovolta Tersambung-Grid terhadap Kestabilan Voltan Dinamik dalam Sistem Kuasa (Effect of Grid-Connected Photovoltaic Generator on Dynamic Voltage Stability in Power System)

Penyepaduan penjana fotovolta (FV) tersambung-grid ke dalam sistem kuasa memberi kesan teknikal kerana reka bentuk rangkaian asalnya tidak mengambil kira penyepaduan penjanaan teragih. Pertumbuhan pesat pemasangan dan pe...

Download PDF file
  • EP ID EP455531
  • DOI 10.17576/jkukm-2018-30(1)-14
  • Views 98
  • Downloads 0

How To Cite

Wan Siti Halimatul Munirah Wan Ahmad, Wan Mimi Diyana Wan Zaki, Aini Hussain, Ling Chei Siong, Wong Erica Yee Hing (2018). Sistem Dapatan Semula Imej untuk Aplikasi Perubatan (Content-based Image Retrieval for Medical Application). Jurnal Kejuruteraan, 30(1), 111-121. https://www.europub.co.uk/articles/-A-455531