Sifat Mekanikal Saduran Epoksi Mengandungi Abu Buangan Industri (The Mechanical Properties of Epoxy Coating Containing Industrial Waste Fly Ash)
Journal Title: Jurnal Kejuruteraan - Year 2018, Vol 30, Issue 2
Abstract
Saduran organik seperti epoksi menjadi fokus utama dalam kajian saduran kerana ciri-cirinya yang termoset, tinggi daya tahan perekatan terhadap substrat, stabil dari segi struktur, tahan kimia dan menjimatkan. Namun saduran epoksi mempunyai beberapa kelemahan iaitu ia mudah retak dan rapuh, serta sensitif terhadap perubahan cuaca disebabkan cirinya yang mudah menyerap air malah kelembapan boleh melemahkan struktur saduran. Untuk mengatasi masalah ini, bahan pengisi abu buangan ditambah dalam sistem saduran sebagai penguat kepada struktur epoksi. Abu buangan adalah sejenis bahan buangan yang boleh meningkatkan kekuatan mekanikal dan daya tahan sesuatu saduran. Walau bagaimanapun, peratus pengkompositan optimum abu buangan ke dalam epoksi perlu dikaji dengan teliti untuk menghasilkan satu saduran epoksi yang kuat, stabil dan tidak mudah menyerap air. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mensintesis resin epoksi dengan abu buangan, serta menganalisa kesan abu buangan terhadap sifat-sifat saduran epoksi. Pencirian terhadap resin epoksi bersama abu buangan (resin terubah suai, MFA dan OFA) dan tidak mengandungi abu buangan (resin terubah suai, RE) dilakukan dengan analisis analisis termogravimetrik (TGA), Fourier Transform Infrared (FTIR), Ujian Ketumpatan dan Analisa Saiz Zarah. Berdasarkan analisa FTIR, penambahan abu buangan tidak mengubah struktur kumpulan berfungsi pada resin epoksi, malahan ujian TGA juga menunjukkan kestabilan haba bagi resin terubah suai di mana suhu penguraian MFA dan OFA adalah pada 346 ± 1°C. Penambahan abu buangan 5% menambahkan nilai kekerasan epoksi sehingga 13% berbanding epoksi yang tidak diubah suai. Kehadiran abu buangan dapat meningkatkan sifat-sifat resin epoksi untuk menjadi saduran yang lebih baik.
Authors and Affiliations
Nursyahirah Mohd Safie, Nor Yuliana Yuhana, Zakaria Man
Kesan Lilin ke Atas Sifat Hidrofobik Permukaan Daun Pisang (Wax Effect on Hydrophobic Properties of Banana Leaves)
Wax extraction of two types of banana leaves: Musa parasidiaca L. and Musa acuminata Colla; were conducted by immersing the banana leaves in chloroform in order to investigate the hydrophobicity and self-cleaning behavio...
Modelling of Elastic Modulus Degradation in Sheet Metal Forming Using Back Propagation Neural Network
The aim of this study is to develop an elastic modulus predictive model during unloading of plastically prestrained SPCC sheet steel. The model was developed using the back propagation neural networks (BPNN) based on the...
Kajian Model Penukaran Kadar Hujan untuk Integrasi Masa 60 Minit kepada 1 Minit di Malaysia (Study on Rainrate Conversion Models for 60 Minutes to 1 Minute Integration Times in Malaysia)
The rapid development of wireless communication technologies has led the frequency band reach its saturated level, particularly in developed countries. This has drawn the attention of telecommunication systems engineer t...
Water Quality of Surface Runoff in Loop Two Catchment Area in UKM
For a country that is developing, there is a need to control and maintain the quality of raw water, with adequate quantities to ensure continuous supply of clean water. In Malaysia, urban development activities especiall...
Lagrangian Investigation on the Compound Effects of Reclamation and Proposed Tidal Barrage to the Environmental Flow
Large-scale reclamation at Tekong Island, Singapore and the construction of a tidal barrage across Johor River in Kota Tinggi is expected to alter the local hydrodynamics in Johor River Estuary (JRE) and East Tebrau Stra...